Sunday, 18 September 2016

Animation Video Song for Tamil New Year Sung by Bombay Saradha

   


PERAYAAN TAHUN BARU TAMIL

                                     PERAYAAN TAHUN BARU TAMIL                                     (CHITTIRAI PUTHANDU)


perayaan puthandu க்கான பட முடிவு

Warga Tamil di seluruh dunia memulakan permulaan baru dengan meraikan perayaan Citthirai Puthandu atau Tahun Baru Tamil, Ahad. 

Sambutan yang dianggap suci dan meriah ini diraikan setiap tahun pada tarikh 14 April dan merupakan hari pertama dalam kalendar Tamil. 

Kalendar tahun Tamil ini mempunyai 12 bulan dan ia mempunyai nama-nama tertentu bermula dengan bulan Chithirai. 

Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran. Sudah menjadi tradisi, kediaman mereka yang meraikan sambutan ini akan dibersihkan dan anjung depan rumah akan dihiasi dengan corak 'Kolam Rangoli "bersama susunan daun mangga yang diikat pada pintu hadapan. 

Sementara itu pada malam menjelang sambutan, kaum wanita dalam sesebuah keluarga akan menyusun buah-buahan, kelapa, daun sirih, kacang, bunga, syiling serta emas di dalam sebuah dulang besar dan lampu minyak akan dinyalakan. Melihat dulang yang disediakan sebaik bangun pagi dianggap sebagai membawa rezeki dan upacara ini dikenali sebagai 'Kani Rangkaian'.

 kuthuvilakku images க்கான பட முடிவு

Penganut akan mandi pagi dan seterusnya memakai pakaian baru untuk pergi ke kuil seawal pukul 6 pagi lagi. Apabila sampai di rumah selepas ke kuil, ahli keluarga yang muda akan memohon restu daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka. 
Kemudian, wanita di rumah akan mula menyediakan manisan dan makan tengah hari beralaskan daun pisang untuk keluarga. Keistimewaan makan tengah hari Citthirai Puthandu adalah hidangan sebanyak 14 jenis makanan sayur-sayuran yang disediakan mengikut ramuan tradisional. 

Antara sajian tersebut adalah, satham sambar, vendhakai kootu, manga patchadi dan pavaka poriyal. Manisan lazat seperti halwa badam dan paal PAYASAM juga disediakan. 
Sesetengah masyarakat Tamil juga akan membuat pembelian besar pada hari ini, seperti rumah, kereta atau barang emas. 

Adalah dipercayai dengan berbuat demikian, seseorang akan memulakan hidup baru dan satu permulaan baru. Dengan harapan sambutan Puthandu ini membawa kita satu permulaan baru, kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan kita, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang meraikannya, Chittirai Puthandu Nalvalthukal! 






Deepavali Song


5 KEISTIMEWAAN HARI DEEPAVALI



 HARI DEEPAVALI


                  Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November.     Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.



Sri Krishna Janmashtami invite | ISKCON Bangalore

Top 10 symbols of Thaipusam