PESTA PONGGAL
Ponggal merupakan perayaan
menuai yang disambut selama empat hari pada bulan Thai di dalam kalendar kaum
india.Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian ditujukan kepada
Suriabhagawan atau Dewa Matahari.
Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Bulan Thai
merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india. Bulan ini, disambut dengan
hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran
di tahun-tahun akan datang. Bulan Thai juga sangat sesuai untuk perkahwinan.
Rumah-rumah dihiasi dengan daun mangga dan lantai dihiasi dengan
corak-corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat batang tebu di luar rumah mereka.
Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia hari
untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan. Sebelum matahari terbit, unggun api
besar dinyalakan dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar
barang-barang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan dihiasi dengan corak dan
bunga. Bhogi membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting
dalam kehidupan masyarakat India dengan membakar barang-barang lusuh bagi
menyingkirkan anasir-anasir buruk.
Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap-luap', ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak.Apabila susu sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu mengalir keluar.
Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah khusus untuk haiwan lembu. Hari ini adalah untuk pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka.Mereka akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka.
Hari
terakhir pula dikenali sebagai 'Kaanum Pongal', ia merupakan hari yang istimewa
untuk wanita. Pada hari ini, wanita sulung di rumah akan bangun awal dan
menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan melumurkan minyak kepada
rambut mereka.Selepas mandi, semua wanita-wanita akan menawarkan bebola nasi
berwarna kepada burung-burung. Kaum wanita akan berdoa untuk keluarga yang
sihat dan gadis-gadis yang belum berkahwin berdoa untuk perkahwinan yang
bahagia.Ahli-ahli keluarga yang lebih muda pula akan memberi penghormatan
kepada orang-orang tua untuk mendapatkan restu.
Good
ReplyDeleteI love you.
ReplyDeleteWho asked
ReplyDelete