DEEPAVALI

5 KEISTIMEWAAN HARI DEEPAVALI



 HARI DEEPAVALI


                  Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November.     Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.


hari deepavali, happy deepavali malaysia


DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH

perayaan kaum india க்கான பட முடிவு


Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.

Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.

2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI


kuih tradisional india க்கான பட முடிவு

Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum  India tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.

3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT


perayaan kaum india க்கான பட முடிவு

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.

4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI

mandi minyak  india க்கான பட முடிவு


Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.


5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU


keluarga orang india க்கான பட முடிவு

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.

Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling hormat-menghormati.




12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. this festival helps 2 improve communication between family memz...and 1 of the chance to meet our relatives.

    ReplyDelete
  3. I thought giving away money in an envelope is Chinese New Year tradition? Why are Indians and Malays doing it as well? just a humble question !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia is made up from multiracial. So it is normal while assimilation of culture happens.

      Delete
  4. apakah hadiah yang boleh saya bawa ketika saya dijemput ke rumah untuk menyambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga ingin bertya benda yang sama,apa yang boleh dibawa ketika pergi mengunjung rumah rakan yang sambut deepavali?

      Delete
    2. Kamu boleh bawa manisan, kuih muih atau makanan.

      Delete